Hidup PETRONAS!!!!
Selepas harga petrol dinaikan, banyak betul aku dapat email berantai yang mengajak pengguna memboikot minyak Petronas. Sebelum anda terpengaruh, pikirlah betul2 ape sumbangan Petronas kepada negara.
Mungkin anda tak sedar bahawa Petronas telah menyumbang hampir 65% keuntungannya termasuk cukai kepada kerajaan. Mampukan company lain / individu yang sanggup menyumbang sebanyak itu. Tanyalah dimana wang itu dibelanjakan oleh kerajaan. Jangan salahkan Petronas yang sudah banyak menolong. Wang selebihnya digunakan untuk memperkembangkan syarikat.
Lepas itu ada pulak yang cakap Petronas menjual minyak yang x berkualiti berbanding dengan station minyak lain kat Malaysia. Itu semua karut. Semua minyak yang dijual di Malaysia, xkira station minyak Shell, Esso adalah yang dibekal oleh Petronas Pernapisan.
Sebenarnya company besar seperti Shell, Exxon inilah yang anda patut boikot. Merekalah yang memonopoli harga minyak. Kerana ketamakkan mereka jugalah banyak negara yang kaya dengan minyak ditakluk oleh Amerika dan Yahudi
